Tuesday, April 14, 2009

Sekolah orang miskin?

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari mengambil anak di sekolah tadi, aku tanyakan padanya bagaimana dia menggunakan duit belanjanya hari ini.
"Hajar belanja 80 sen beli 2 kuih apam".
"Dua kuih 80 sen?", tanyaku.
"Ya", jawabnya.
"Masa mama dulu, sekeping kuih 20 sen aje", balasku.
"Yelah, itu sekolah orang miskin, kan!" balasnya.
"Sekolah orang miskin?", aku bertanya dalam hati.
Yelah, selama ini aku bagi tau dia, masa aku kecik, aku bukan orang kaya. Mak aku tak da kereta yang memudahkan kami berjalan ke sana-sini. Tak beli mainan setiap kali keluar berjalan. Tak bercuti ke mana-mana bila cuti sekolah. Tidak seperti dia, pendapatan ibu-ayahnya belasan ribu. Sedangkan aku, pendapatan ibuku yang tunggal itu hanya RM720 sahaja sebulan.
Sebenarnya, ketika aku di sekolah, aku tidaklah miskin sebab ada kawanku yang lain lagi miskin. Tapi, aku juga tidaklah mewah. Masa aku Darjah 4, belanja sekolahku 50 sen aje. Tapi, anak aku di Tahun 2 ni belanjanya RM2. Cuma dia sedang mengumpul wang sekarang untuk beli barangan Ana Muslim pada Pesta Buku Jumaat ni. Setakat ni, dia dah kumpul RM53. Bolehlah dia beli apa yang dia nak nanti.
Berbalik kepada "Sekolah orang miskin" tadi, biarlah dia faham begitu. Supaya dia tahu bahawa hidup ni bukan senang segalanya. Lagipun, takkan aku nak bagi tau dia tentang inflasi, tentang harga barang yang meningkat dan seumpamanya. Tak mungkin dia boleh faham. Yang penting, walaupun dia senang, dia kena menabung juga dan belajar mengumpul wang sendiri untuk beli apa yang dia nak.

No comments: