Friday, October 31, 2008

Find an expert to tell us

Kata orang, "Yesterday is history. Tomorrow is a mistery. Today is a gift. That's why it is called 'the present'". Tapi, aku masih tak boleh lupa apa yang berlaku semalam. Geram. Sebab geram tu, aku tak boleh enjoy my gift of today.

Cadangan aku untuk projek tahun depan ditolak. Itu bukan masalahnya.

Masalahnya ialah bila cadangan untuk menggantikan cadangan aku itu, agak membosankan. Bagi aku, isu-isunya dapat diselesaikan dengan mudah andai sahaja ibubapa melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.

Pertama, anak-anak leka dengan internet dan segala gadget baru di era ICT ini: tak bolehkah ibu bapa supervise dan monitor dengan menghadkan masa bermain, misalnya? Kalau susah sangat, tak perlulah beli PSP itu. Ini tidak, kita tahu ianya melekakan, kita belikan juga dan lepas tu serahkan segala-galanya kepada budibicara si anak. Lagi berani nak salahkan teknologi!

Kedua, anak-anak terikut-ikut bahasa pembantu rumah dari seberang. "Rumah berantakan", "Mahu naik pesawat", "Enggak bisa!". Tidak bolehkah ibubapa campurtangan dengan sama ada menyuruh pembantu rumah bercakap dalam Bahasa Melayu atau melarang anak bercakap dalam Bahasa Indonesia? Oh tak boleh...ibubapa tak salah...yang salah kerana kita bergantung kepada pembantu rumah asing. Apa pilihan lain yang ada? Hantar anak ke pusat jagaan? Arrangement inipun ada masalahnya yang tersendiri.

Ketiga, kewujudan pusat-pusat hiburan di luar sana yang mendorong anak muda bergaul bebas, minum arak dan mengambil dadah. Memanglah kita tak suka kewujudan tempat-tempat macam tu. Tetapi bila anak kita tak balik sehingga jam 3.00 pagi dan ibubapa tak berani tegur takut anak kecik hati...itu salah siapa?

Pada aku, kalau ibubapa tak jalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak apa yang baik dan tak baik, siapa yang nak buat benda tu semua? Cikgu? Pak Imam? Jakim? IKIM?

Tugas utama ibubapa ialah mendidik anak menjadi manusia berguna. Individu yang tahu membezakan baik dan buruk. Apakah kita perlu tutup semua kelab malam hanya kerana ia boleh mendorong anak kita minum arak? Kalau kita tutup pun, dia boleh beli arak kat kedai Ah Seng. Oooo, now, kita nak larang Ah Seng jual arak? Okay...apa jadi bila anak kita sambung belajar di luar negara dan arak dijual di mana-mana?

Kita kena didik anak supaya dia tahu beza mana yang baik dan buruk dengan harapan bila berhadapan dengan semua itu, dia boleh pilih yang baik, walaupun kita tiada di sisinya. Menutup kelab malam, pub, atau siber kafe bukanlah caranya!

Aku sebutkan hal ini semalam pada big boss aku...Tapi dia kata, "Call the expert to tell us this..."

Memang aku bukan expert...tapi apa yang aku cakap ni make sense, kan? So, kenapa nak panggil the expert? Dia akan cakap benda yang lebih kurang sama...cuma bezanya, kita kena bayar dia... Hmmmm....
I need a few days to get over this....

Friday, September 26, 2008

Duit Raya


Musim Raya ni, kalau jadi kanak-kanak, kan best. Ada peluang dapat duit raya.
Bila dah jadi mak kanak-kanak ni, tak da la peluang nak dapat duit raya. Kena sediakan duit raya ada la.
Macam orang lain, aku pun ada la sediakan duit raya sikit. Tapi tahun ni aku nak lessen my burden. Aku sediakan duit raya aje. Tak kuasa nak sediakan duit raya dari duit kertas yang baru. Kalau aku bagi RM10 guna duit dah ronyok pun, nilainya masih RM10. Tak kurang tak lebih. Jadi, kenapa nak waste time pergi bank hanya untuk dapatkan duit kertas baru?
Teringat masa kecik ikut nenek pergi bank. Bank nenek kat kawasan Dataran Merdeka sekarang ni. Kalau tak silap, Standard Charted bank. Kadang-kadang nenek dapat duit kertas baru. Without fail, bila dia nak guna duit kertas baru tu, dia akan gulung jadi macam kon (macam orang jual kacang putih dulu-dulu) pas tu dia akan tekankan hujung kon yang tajam tu dan ronyokkan duit tu. Pas tu dia bukak balik, gulungkan sudut yang lain, dan royokkan lagi. Sambil kereta jalan, dia akan ulang proses ni hinggalah duit tadi tak kelihatan baru lagi.
Bila kami cucu-cucu tanya kenapa nenek buat macam tu, nenek jawab, "Buat apa nak kasi orang kedai tu duit baru?" Now I know that nenek sebenarnya sayangkan note baru tu. Macam kebanyakan kita juga. Bila anak dapat duit raya dari duit kertas baru, kita akan simpan sehinggalah kita terpaksa menggunakannya.
Jadi, keputusan aku nak bagi duit kertas lama ni kira bagus la juga...boleh terus dipakai...orang tak rasa sayang sangat...

Monday, September 22, 2008

Peribadi menentukan pakaian atau pakaian membentuk peribadi?


Perbualan di antara tiga orang rakan sekerja yang sedang membelek tudung yang dijual oleh rakan sekerja yang lain.

Ina: Tudung ni macam "ustazah", kan. (merujuk kepada tudung besar dan labuh yang menutup semua yang wajib ditutup)

Yah: Ha'ah la, Na...

Ti: Ni ada tudung lagi...

Ina: Tudung tu macam "ustazah" la Ti...

Yah: Yang ni, Na...

Ina: Ala Yah, ..macam "ustazah"...

Menyedari perbualan itu akan menyebabkan para "ustazah" kecil hati, Ti bersuara...

Ti: "Ustazah" tu okay,... eloklah jadi ustazah, tapi perangai kita yang tak rupa Ustazah! He..he..hee

Dua rakan yang lain, gelak sama, mengiyakan komen Ti.

Soalnya:
Peribadi menentukan pakaian, atau pakaian yang menentukan peribadi? Kita memilih pakaian yang sesuai dengan peribadi kita atau kita memilih sesuatu pakaian supaya pakaian itu dapat membentuk peribadi kita?

Susah nak cakap!

Kalau kita ke masjid, atau ke Forum Perdana Ehwal Islam, tentulah kita memakai baju kurung dan lengkap bertudung. Tetapi, kalau kita pergi Family Day, acara Sukaneka, mesti kita pakai pakaian sukan yang menutup aurat.

Dalam dua keadaan itu, kita tetap kita. Peribadi kita sepatutnya tidak berubah. Hanya bajunya yang berubah mengikut suasana. Tetapi, benarkan peribadi kita tak berbeza antara dua tempat yang berbeza itu?

Saturday, September 20, 2008

Kak Dzul, Kak Jiah dan Kak Mah

Kak Dzul, Kak Jiah dan Kak Mah adalah antara tiga kawan rapat arwah Mummy.

Kak Dzul sebenarnya lebih dari kawan rapat Mummy. Dia sebenarnya sedara. Macam mana pertalian sebenarnya, susah aku nak cakap. Tapi, dia pangkat makcik juga pada aku. Tapi, sebab Mummy panggil dia "Kak Dzul", seluruh keluarga aku panggil dia "Kak Dzul", walaupun kami patut panggil dia "Mak Dzul". Walaupun nama dia "Dzul", tapi dia perempuan. Nama sebenar dia pun aku tak tahu. Tapi, dulu, arwah Mummy selalu pergi rumah dia. Walaupun kami jarang ikut.

Kak Jiah, dulunya tomboy kampung aku. Awalnya, dia baik dengan Kak Noni, pengasuh aku. Later, beberapa tahun sebelum Mummy meninggal, aku dapat tahu, Mummy kamceng dengan Kak Jiah. Masa Mummy baru meninggal, Kak Jiah banyak cerita tentang saat-saat manis yang dia spent dengan Mummy. Dia kata, mereka berborak sampai jauh malam. Cerita kisah-kisah lama. Mereka gelak sakan sampai nak pecah perut. Akupun tak ingat bila kali terakhir aku gelak sakan dengan Mummy.

Kak Mah pun macam Kak Jiah. Tapi, dia bukanlah tomboy kampung aku. Sama, in the sense that dia ada sweet memories dengan Mummy. Mummy pun selalu tidur rumah dia, mereka sembang hingga lewat malam. Gelak-gelak. Beberapa hari lepas Mummy meninggal, Kak Mah ada datang. Dia kata, kalau ada lagi scrap book Mummy yang dia tampal gubahan-gubahan orang kahwin tu, kalau tak da siapa nak simpan, bagilah dia simpan. Boleh juga Kak Mah rujuk kalau ada orang tempah untuk buat hantaran kahwin.

Bila aku dengar cerita Kak Mah dan Kak Jiah, aku happy sebab Mummy yang dah lama menjadi ibu tunggal, ada kawan baik yang boleh dikongsikan suka-dukanya. Dan yang paling buat aku happy, kawan-kawan Mummy melihat dia sebagai seorang yang baik dan mereka ada banyak kenangan manis bila ingatkan Mummy.

Mummy meninggal pada 1 Ogos 2004. Aku rindu sangat pada Mummy. Sabda Rasulullah s.a.w., satu cara nak berbakti kepada ibu bapa yang dah meninggal dunia ialah dengan menyambung silaturrahim dengan kawan-kawan mereka.

Hari Raya ni bila balik kampung, aku nak jumpa Kak Dzul (yang dengarnya dah bed-ridden), Kak Jiah dan Kak Mah. Aku nak tanya khabar mereka. Aku nak tanya kisah-kisah mereka dengan Mummy. Mungkin banyak lagi yang aku tak tahu tentang Mummy...

Ramadhan: Menghulur bantuan kepada yang memerlukan

Hari ini hari ke-20 kita berpuasa. Di bulan yang mulia ini kita digalakkan menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kak Id, kakakku yang baru kematian suami pada bulan Februari lalu, sms petang tadi. Katanya, suami kakak ku yang sulung - Abang Don - siang tadi dah bawa anak bongsunya yang yatim itu membeli baju raya. Kak Id terharu kerana baju-baju yang dibelikan itu mahal-mahal harganya.

Rezeki anak yatim, kataku.

Mulia sungguh hati abang ipar sulung ku itu. Membelikan anak sedaraku yang yatim itu baju Raya. Mesti Durani gembira dapat baju raya yang cantik dan mahal. Aku tak pernah melihat 'that side of ' Abang Don. Mulutnya memang bising sehingga kami adik beradik semua rimas. Tapi, hatinya sungguh mulia.

Aku sendiri belum menghulurkan apa-apa bantuan kepada Kak Id yang balu dan dua orang anaknya. Insya'Allah dalam masa yang terdekat ini, aku akan hulurkan sedikit sebanyak bantuan.

Niat nak menyumbang untuk fisabilillah tu banyak...sempena Ramahdan ni, tapi sampai hari ke-20, satupun belum terlaksana. Kena buat cepat...sebelum terlambat...