Saturday, September 20, 2008

Kak Dzul, Kak Jiah dan Kak Mah

Kak Dzul, Kak Jiah dan Kak Mah adalah antara tiga kawan rapat arwah Mummy.

Kak Dzul sebenarnya lebih dari kawan rapat Mummy. Dia sebenarnya sedara. Macam mana pertalian sebenarnya, susah aku nak cakap. Tapi, dia pangkat makcik juga pada aku. Tapi, sebab Mummy panggil dia "Kak Dzul", seluruh keluarga aku panggil dia "Kak Dzul", walaupun kami patut panggil dia "Mak Dzul". Walaupun nama dia "Dzul", tapi dia perempuan. Nama sebenar dia pun aku tak tahu. Tapi, dulu, arwah Mummy selalu pergi rumah dia. Walaupun kami jarang ikut.

Kak Jiah, dulunya tomboy kampung aku. Awalnya, dia baik dengan Kak Noni, pengasuh aku. Later, beberapa tahun sebelum Mummy meninggal, aku dapat tahu, Mummy kamceng dengan Kak Jiah. Masa Mummy baru meninggal, Kak Jiah banyak cerita tentang saat-saat manis yang dia spent dengan Mummy. Dia kata, mereka berborak sampai jauh malam. Cerita kisah-kisah lama. Mereka gelak sakan sampai nak pecah perut. Akupun tak ingat bila kali terakhir aku gelak sakan dengan Mummy.

Kak Mah pun macam Kak Jiah. Tapi, dia bukanlah tomboy kampung aku. Sama, in the sense that dia ada sweet memories dengan Mummy. Mummy pun selalu tidur rumah dia, mereka sembang hingga lewat malam. Gelak-gelak. Beberapa hari lepas Mummy meninggal, Kak Mah ada datang. Dia kata, kalau ada lagi scrap book Mummy yang dia tampal gubahan-gubahan orang kahwin tu, kalau tak da siapa nak simpan, bagilah dia simpan. Boleh juga Kak Mah rujuk kalau ada orang tempah untuk buat hantaran kahwin.

Bila aku dengar cerita Kak Mah dan Kak Jiah, aku happy sebab Mummy yang dah lama menjadi ibu tunggal, ada kawan baik yang boleh dikongsikan suka-dukanya. Dan yang paling buat aku happy, kawan-kawan Mummy melihat dia sebagai seorang yang baik dan mereka ada banyak kenangan manis bila ingatkan Mummy.

Mummy meninggal pada 1 Ogos 2004. Aku rindu sangat pada Mummy. Sabda Rasulullah s.a.w., satu cara nak berbakti kepada ibu bapa yang dah meninggal dunia ialah dengan menyambung silaturrahim dengan kawan-kawan mereka.

Hari Raya ni bila balik kampung, aku nak jumpa Kak Dzul (yang dengarnya dah bed-ridden), Kak Jiah dan Kak Mah. Aku nak tanya khabar mereka. Aku nak tanya kisah-kisah mereka dengan Mummy. Mungkin banyak lagi yang aku tak tahu tentang Mummy...

No comments: