Saturday, September 20, 2008

Ramadhan: Menghulur bantuan kepada yang memerlukan

Hari ini hari ke-20 kita berpuasa. Di bulan yang mulia ini kita digalakkan menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kak Id, kakakku yang baru kematian suami pada bulan Februari lalu, sms petang tadi. Katanya, suami kakak ku yang sulung - Abang Don - siang tadi dah bawa anak bongsunya yang yatim itu membeli baju raya. Kak Id terharu kerana baju-baju yang dibelikan itu mahal-mahal harganya.

Rezeki anak yatim, kataku.

Mulia sungguh hati abang ipar sulung ku itu. Membelikan anak sedaraku yang yatim itu baju Raya. Mesti Durani gembira dapat baju raya yang cantik dan mahal. Aku tak pernah melihat 'that side of ' Abang Don. Mulutnya memang bising sehingga kami adik beradik semua rimas. Tapi, hatinya sungguh mulia.

Aku sendiri belum menghulurkan apa-apa bantuan kepada Kak Id yang balu dan dua orang anaknya. Insya'Allah dalam masa yang terdekat ini, aku akan hulurkan sedikit sebanyak bantuan.

Niat nak menyumbang untuk fisabilillah tu banyak...sempena Ramahdan ni, tapi sampai hari ke-20, satupun belum terlaksana. Kena buat cepat...sebelum terlambat...

2 comments:

Anonymous said...

Congratulations on your maiden posting!

Many more coming?

enchum said...

[bangkai]

Insya'Allah, insya'allah.