Friday, October 31, 2008

Find an expert to tell us

Kata orang, "Yesterday is history. Tomorrow is a mistery. Today is a gift. That's why it is called 'the present'". Tapi, aku masih tak boleh lupa apa yang berlaku semalam. Geram. Sebab geram tu, aku tak boleh enjoy my gift of today.

Cadangan aku untuk projek tahun depan ditolak. Itu bukan masalahnya.

Masalahnya ialah bila cadangan untuk menggantikan cadangan aku itu, agak membosankan. Bagi aku, isu-isunya dapat diselesaikan dengan mudah andai sahaja ibubapa melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.

Pertama, anak-anak leka dengan internet dan segala gadget baru di era ICT ini: tak bolehkah ibu bapa supervise dan monitor dengan menghadkan masa bermain, misalnya? Kalau susah sangat, tak perlulah beli PSP itu. Ini tidak, kita tahu ianya melekakan, kita belikan juga dan lepas tu serahkan segala-galanya kepada budibicara si anak. Lagi berani nak salahkan teknologi!

Kedua, anak-anak terikut-ikut bahasa pembantu rumah dari seberang. "Rumah berantakan", "Mahu naik pesawat", "Enggak bisa!". Tidak bolehkah ibubapa campurtangan dengan sama ada menyuruh pembantu rumah bercakap dalam Bahasa Melayu atau melarang anak bercakap dalam Bahasa Indonesia? Oh tak boleh...ibubapa tak salah...yang salah kerana kita bergantung kepada pembantu rumah asing. Apa pilihan lain yang ada? Hantar anak ke pusat jagaan? Arrangement inipun ada masalahnya yang tersendiri.

Ketiga, kewujudan pusat-pusat hiburan di luar sana yang mendorong anak muda bergaul bebas, minum arak dan mengambil dadah. Memanglah kita tak suka kewujudan tempat-tempat macam tu. Tetapi bila anak kita tak balik sehingga jam 3.00 pagi dan ibubapa tak berani tegur takut anak kecik hati...itu salah siapa?

Pada aku, kalau ibubapa tak jalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak apa yang baik dan tak baik, siapa yang nak buat benda tu semua? Cikgu? Pak Imam? Jakim? IKIM?

Tugas utama ibubapa ialah mendidik anak menjadi manusia berguna. Individu yang tahu membezakan baik dan buruk. Apakah kita perlu tutup semua kelab malam hanya kerana ia boleh mendorong anak kita minum arak? Kalau kita tutup pun, dia boleh beli arak kat kedai Ah Seng. Oooo, now, kita nak larang Ah Seng jual arak? Okay...apa jadi bila anak kita sambung belajar di luar negara dan arak dijual di mana-mana?

Kita kena didik anak supaya dia tahu beza mana yang baik dan buruk dengan harapan bila berhadapan dengan semua itu, dia boleh pilih yang baik, walaupun kita tiada di sisinya. Menutup kelab malam, pub, atau siber kafe bukanlah caranya!

Aku sebutkan hal ini semalam pada big boss aku...Tapi dia kata, "Call the expert to tell us this..."

Memang aku bukan expert...tapi apa yang aku cakap ni make sense, kan? So, kenapa nak panggil the expert? Dia akan cakap benda yang lebih kurang sama...cuma bezanya, kita kena bayar dia... Hmmmm....
I need a few days to get over this....