Wednesday, April 22, 2009

Pelihara kucing? Mungkin tidak!

Dah lama Hajar minta untuk memiliki kucing peliharaan. Aku keberatan memandangkan masa kecil dulu dia ada asma.
Dua minggu lepas, ketika di rumah Mak Teh, Mak Teh dah let go kucing-kucing dia. Hajar nak, tapi aku masih tidak membenarkannya.
Malam Khamis lepas ketika supper (Supper? Bukankah aku nak kurus? Ha'ah, but still aku supper gak...) di kedai tepi sungai, ada seekor anak kucing yang sangat playful. Suamiku terpesona dengannya, aku pun, Hajar, apatah lagi. Kami buat keputusan untuk bawa dia balik dan bela dia. Irfan - budak kedai tu kata, "Ambik la Kak. Kalau tak boleh jaga, pulangkan dia semula ke mari." Kami pun bawa kucing tu pulang dan Hajar begitu gembira sekali.
Hajar namakan dia "Jack". Itu nama pendek. Sebab dia betina, nama panjang dia "Jacquelin". Nama penuh dia, "Jacquelin appa amma ilek" - sebab dia yatim-piatu.
Hajar dah mula sayang pada Jack. Bila aku suruh dia pulangkan kucing tu, dia mula sebak dan menangis. Hajar sanggup mencuci najis Jack, bila Jack berak di toilet (pandai pulak kucing ni!)
Cuma aku tak selesa sebab Jack yang tak cuci punggung tu, suka duduk kat merata tempat dan di riba aku dan ini meresahkan aku tentang kesucian pakaianku untuk menunaikan solat. Aku mula tutup pintu bilik supaya di tak masuk dan mengotorkan tempat solat kami. Pintu bilik maid pun aku tutup.
Jack, being a cat...memang curious. Beberapa kali, dia belari keluar rumah dan pergi ke lif dan tangga. Setiap kali itu berlaku, maka Hajar dan bibik pergi mengejarnya. Akhirnya, Hajar pun penat mengejar Jack. Malam semalam, Hajar kata, "Mama, esok kita hantar Jack balik ke kedai tu la..."
Aku tahu dia sedih, aku pun sedih...Tapi, mungkin itu yang terbaik untuk Jack. Jika tak, dia setakat berlari dalam rumahku yang tak seberapa luas ni...dan tidur di balkoni rumah kami. Di bawah dia bebas berlari dan menjelajah dunia ini, atau dia boleh cari ikan di tepi sungai...He he he...
Tadi, jam 8.30 malam, aku dan Hajar menghantar Jack ke kedai makan itu. Ada budak-budak lain yang terus memeluk dan bermain dengannya.
Sampai di rumah, Hajar terus meluahkan kesedihannya dalam jurnal dengan tajuk, "Me and my pet - Jack". Maaf Jar, mama belum bersedia untuk untuk ada pet. Mama rasa, Hajar pun belum bersedia.
Aku tak tahu apakah pengajaran yang Hajar perolehi dari episod ini. Apakah aku mengajarnya bahawa bila kita tak boleh buat sesuatu, kita batalkan sahaja niat tu? Aku harap tidak. Aku harap dia faham bahawa ada perkara kita kena cuba dulu. Kalau akhirnya kita rasa kita tak boleh buat dengan baik, sekurang-kurangnya kita dah cuba. Sekurang-kurangnya dia dah rasa how it feels to have a pet. Aku harap sangat yang aku tak ajar dia bahawa kalau tak boleh buat, kita lepaskan diri dari tanggungjawab itu.
Semoga dia tak campak aku di mana-mana bila aku tua nanti, bila aku tak lagi boleh fit in to her schedule...

No comments: