Wednesday, April 22, 2009

Kak! Apple!

Pagi semalam aku merendeh-rendeh membawa beberapa barang ke pejabat. Handbag disandang di bahu, A4 size file dikepit di celah ketiak, satu beg kertas penuh baju dan tudung yang aku dah jemu dan nak bagi pada cleaner di pejabat - yang kubimbit di tangan, botol air 1.5 liter teh herbalife - juga dibimbit di tangan, dan, sebiji apple yang telah dipotong empat dalam tupperware - yang kubawa di tangan sebelah lagi.
Sampai di kereta, aku letakkan bekas apple di atas bumbung kereta dan cepat-cepat menyusun barang lainnya di seat belakang. Wah, lega tak lah aku merendeh-rendeh lagi.
Bila selesai meyusun barang-barang, aku terus hidupkan enjin kereta, baca ayat Kursi dan Bismillah 21 kali dan mula memandu ke pejabat.
Ketika hampir sampai di gate kondo, perjalananku dihalang oleh sebuah kereta putih yang sedang mengambil anak-anaknya untuk dihantar ke sekolah. Aku yang sememangnya kurang sabar, mula berkata dalam hati, "Cepatlah!"
Dalam 8 saat, kereta itu berlalu dan aku membelok ke arah gate. Tiba-tiba aku terdengar, "Kakak..! Kakak!". Aku buat tak tahu sebab aku tak rasa aku kenal sesiapa di situ. "Kakak..kakak!" Jeritan itu makin kuat.
Aku berkata dalam hati, "Apa pulak ni..." Aku pun menoleh ke kanan, ibu kepada budak-budak yang naik kereta putih tadi, datang kepadaku. "Apa yang dia ni nak?" Aku bertanya dalam hati..."Kalau dia nak tegur fasal kain aku tersepit kat pintu...memang sia-sialah jeritan tu!" Aku mengomel sendirian.
Aku amat familiar dengan situasi ini. Seringkali orang beriya-iya membunyikan hon kereta untuk memberitahuku bahawa kain ku tersepit di pintu kereta. Bagi aku, no big deal...kain aku yang tersepit...bukan kaki aku! Jadi, tak yah lah susah-susah...buat aku terkejut aje dengan hon tu...
Perempuan tadi makin hampir dan aku dah nak bagi isyarat, "Tak pa lah...kain aje..." Serentak dengan itu, perempuan itu berkata, "Kak! Apple!" Sambil menunjukkan bekas apple aku yang berada di atas bumbung kereta...
Aku pun tergelak sendiri...rupanya kali ini, bukan kaki aku tersepit di pintu, apple aku yang masih dibumbung kereta!!!! Perempuan itu mengambil bekas apple tersebut dan menyerahkannya kepada ku melalui tingkap kereta. Aku sempat mengucapkan terima kasih sambil tersenyum kepadanya memikirkan my mindlessness atau absent-mindedness.
Perempuan itu sebenarnya telah menyelamatkan aku dari digelakkan oleh semua pengguna jalanraya pagi semalam, sepanjang Jalan Ipoh dan Jalan Kuching hinggalah ke Jalan Duta. Terima kasihlah banyak-banyak...kalau tidak mungkin ada yang dah ambil gambar kereta aku tu, dengan bekas apple tersebut dan hantar ke akhbar The Star. Dia mungkin menang hadiah RM50.

No comments: