Sunday, February 27, 2011

Beratnya aku!!!!

Pergi Totalife tadi. Berat aku: 83.3kg. I am 30kg overweight. Hmmmm.... Memang patutla aku buat keputusan ni...

Here i go again...

Since my last post, berat badan aku tak pernah turun. Makin naik, ada. Aku sendiri tak larat dah nak menanggungnya. Aku dah buat keputusan to spend some money beli ubat kurus... untuk ke sekian kalinya. Demi kesihatan, perbelanjaan ini dah jadi wajib. Aku akan pastikan pelaburanku pada kali ini berbaloi.

Wednesday, April 22, 2009

Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur

Tahukah anda bahawa pada setiap Sabtu kedua dan keempat, Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur mengadakan sesi bercerita untuk kanak-kanak?
Jam 11.30 pagi, sesi bercerita Bahasa Inggeris manakala jam 12.30 tengah hari, sesi bercerita Bahasa Melayu.
Datanglah bawa anak-anak ke sesi bercerita ini dan jadilah ahli perpustakaan ini. Boleh pinjam buku bagi memenuhi keperluan mengisi Buku Nilam.
Semoga satu hari nanti kita berjumpa di sana!

Pelihara kucing? Mungkin tidak!

Dah lama Hajar minta untuk memiliki kucing peliharaan. Aku keberatan memandangkan masa kecil dulu dia ada asma.
Dua minggu lepas, ketika di rumah Mak Teh, Mak Teh dah let go kucing-kucing dia. Hajar nak, tapi aku masih tidak membenarkannya.
Malam Khamis lepas ketika supper (Supper? Bukankah aku nak kurus? Ha'ah, but still aku supper gak...) di kedai tepi sungai, ada seekor anak kucing yang sangat playful. Suamiku terpesona dengannya, aku pun, Hajar, apatah lagi. Kami buat keputusan untuk bawa dia balik dan bela dia. Irfan - budak kedai tu kata, "Ambik la Kak. Kalau tak boleh jaga, pulangkan dia semula ke mari." Kami pun bawa kucing tu pulang dan Hajar begitu gembira sekali.
Hajar namakan dia "Jack". Itu nama pendek. Sebab dia betina, nama panjang dia "Jacquelin". Nama penuh dia, "Jacquelin appa amma ilek" - sebab dia yatim-piatu.
Hajar dah mula sayang pada Jack. Bila aku suruh dia pulangkan kucing tu, dia mula sebak dan menangis. Hajar sanggup mencuci najis Jack, bila Jack berak di toilet (pandai pulak kucing ni!)
Cuma aku tak selesa sebab Jack yang tak cuci punggung tu, suka duduk kat merata tempat dan di riba aku dan ini meresahkan aku tentang kesucian pakaianku untuk menunaikan solat. Aku mula tutup pintu bilik supaya di tak masuk dan mengotorkan tempat solat kami. Pintu bilik maid pun aku tutup.
Jack, being a cat...memang curious. Beberapa kali, dia belari keluar rumah dan pergi ke lif dan tangga. Setiap kali itu berlaku, maka Hajar dan bibik pergi mengejarnya. Akhirnya, Hajar pun penat mengejar Jack. Malam semalam, Hajar kata, "Mama, esok kita hantar Jack balik ke kedai tu la..."
Aku tahu dia sedih, aku pun sedih...Tapi, mungkin itu yang terbaik untuk Jack. Jika tak, dia setakat berlari dalam rumahku yang tak seberapa luas ni...dan tidur di balkoni rumah kami. Di bawah dia bebas berlari dan menjelajah dunia ini, atau dia boleh cari ikan di tepi sungai...He he he...
Tadi, jam 8.30 malam, aku dan Hajar menghantar Jack ke kedai makan itu. Ada budak-budak lain yang terus memeluk dan bermain dengannya.
Sampai di rumah, Hajar terus meluahkan kesedihannya dalam jurnal dengan tajuk, "Me and my pet - Jack". Maaf Jar, mama belum bersedia untuk untuk ada pet. Mama rasa, Hajar pun belum bersedia.
Aku tak tahu apakah pengajaran yang Hajar perolehi dari episod ini. Apakah aku mengajarnya bahawa bila kita tak boleh buat sesuatu, kita batalkan sahaja niat tu? Aku harap tidak. Aku harap dia faham bahawa ada perkara kita kena cuba dulu. Kalau akhirnya kita rasa kita tak boleh buat dengan baik, sekurang-kurangnya kita dah cuba. Sekurang-kurangnya dia dah rasa how it feels to have a pet. Aku harap sangat yang aku tak ajar dia bahawa kalau tak boleh buat, kita lepaskan diri dari tanggungjawab itu.
Semoga dia tak campak aku di mana-mana bila aku tua nanti, bila aku tak lagi boleh fit in to her schedule...

Kak! Apple!

Pagi semalam aku merendeh-rendeh membawa beberapa barang ke pejabat. Handbag disandang di bahu, A4 size file dikepit di celah ketiak, satu beg kertas penuh baju dan tudung yang aku dah jemu dan nak bagi pada cleaner di pejabat - yang kubimbit di tangan, botol air 1.5 liter teh herbalife - juga dibimbit di tangan, dan, sebiji apple yang telah dipotong empat dalam tupperware - yang kubawa di tangan sebelah lagi.
Sampai di kereta, aku letakkan bekas apple di atas bumbung kereta dan cepat-cepat menyusun barang lainnya di seat belakang. Wah, lega tak lah aku merendeh-rendeh lagi.
Bila selesai meyusun barang-barang, aku terus hidupkan enjin kereta, baca ayat Kursi dan Bismillah 21 kali dan mula memandu ke pejabat.
Ketika hampir sampai di gate kondo, perjalananku dihalang oleh sebuah kereta putih yang sedang mengambil anak-anaknya untuk dihantar ke sekolah. Aku yang sememangnya kurang sabar, mula berkata dalam hati, "Cepatlah!"
Dalam 8 saat, kereta itu berlalu dan aku membelok ke arah gate. Tiba-tiba aku terdengar, "Kakak..! Kakak!". Aku buat tak tahu sebab aku tak rasa aku kenal sesiapa di situ. "Kakak..kakak!" Jeritan itu makin kuat.
Aku berkata dalam hati, "Apa pulak ni..." Aku pun menoleh ke kanan, ibu kepada budak-budak yang naik kereta putih tadi, datang kepadaku. "Apa yang dia ni nak?" Aku bertanya dalam hati..."Kalau dia nak tegur fasal kain aku tersepit kat pintu...memang sia-sialah jeritan tu!" Aku mengomel sendirian.
Aku amat familiar dengan situasi ini. Seringkali orang beriya-iya membunyikan hon kereta untuk memberitahuku bahawa kain ku tersepit di pintu kereta. Bagi aku, no big deal...kain aku yang tersepit...bukan kaki aku! Jadi, tak yah lah susah-susah...buat aku terkejut aje dengan hon tu...
Perempuan tadi makin hampir dan aku dah nak bagi isyarat, "Tak pa lah...kain aje..." Serentak dengan itu, perempuan itu berkata, "Kak! Apple!" Sambil menunjukkan bekas apple aku yang berada di atas bumbung kereta...
Aku pun tergelak sendiri...rupanya kali ini, bukan kaki aku tersepit di pintu, apple aku yang masih dibumbung kereta!!!! Perempuan itu mengambil bekas apple tersebut dan menyerahkannya kepada ku melalui tingkap kereta. Aku sempat mengucapkan terima kasih sambil tersenyum kepadanya memikirkan my mindlessness atau absent-mindedness.
Perempuan itu sebenarnya telah menyelamatkan aku dari digelakkan oleh semua pengguna jalanraya pagi semalam, sepanjang Jalan Ipoh dan Jalan Kuching hinggalah ke Jalan Duta. Terima kasihlah banyak-banyak...kalau tidak mungkin ada yang dah ambil gambar kereta aku tu, dengan bekas apple tersebut dan hantar ke akhbar The Star. Dia mungkin menang hadiah RM50.

Tuesday, April 14, 2009

Aku nak kurus, aku nak kurus, aku nak kurus!

"I nak kuruslah...". Seorang rakan karib yang telah kukenali sejak 14 tahun yang lalu memberi komen berikut bila dia dengar aku cakap benda ni, "Dari mula kita kenal sampai sekarang, itulah yang you cakap!" Aku tak marah dengar komen itu. Itu tandanya dia memang kenal aku. Itu tandanya, dari 14 tahun yang lalu, aku gagal mengurangkan berat badan.
Dan hari ini, aku dah menempah satu set makanan kesihatan, yang ternyata berjaya membuat ribuan orang lain kurus. Bolehkah benda ni buat aku kurus juga? Entahlah. Kita tunggu saja nanti. Oh ya, rasanya ini kali ke-1769 aku membeli ubat kurus. Aku tetap tak kurus.
Petang tadi aku b"sms" dengan seorang dealer Totalife. Memang cemburu tengok iklan mereka yang berjaya kurus dengan Totalife. Malah, dealer ni dulupun lebih gemuk dari aku. Tapi sekarang, orang tak percaya dia pernah gemuk.Jenama ni memang mahal. Jadi, aku tanyakan pada dealer itu semua klien dia kaya-kaya ke?
Balas Hanim, "Taklah, Kak. Tapi mereka ni bersungguh-sungguh. Bila dah bayar mahal, tentulah mereka bersungguh dan makan mengikut yang dicadangkan. Kalau nak ikut, orang kaya lagi susah kurus sebab mereka ni tak begitu menghargai duit yang telah mereka laburkan."
Apakah aku termasuk dalam golongan "orang kaya" itu? Hmmmm...
Memang aku pernah cuba Totalife ni dulu. Dan aku berjaya turunkan berat badan dalam 3 kg. Satu-satunya 'ubat kurus' yang berjaya mengubat aku. Tapi maaf Nim, mahal sangat la...and knowing myself, and I would like to quote my brother, "I love to eat." Yes, I love to eat, full stop! Apa-apa pun boleh. Apa-apa pun sedap. Yang tak sedap pun habis, inikan pula yang sedap. Itu yang susah tu...Especially when this love of food runs in the family...He he he...

Sekolah orang miskin?

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari mengambil anak di sekolah tadi, aku tanyakan padanya bagaimana dia menggunakan duit belanjanya hari ini.
"Hajar belanja 80 sen beli 2 kuih apam".
"Dua kuih 80 sen?", tanyaku.
"Ya", jawabnya.
"Masa mama dulu, sekeping kuih 20 sen aje", balasku.
"Yelah, itu sekolah orang miskin, kan!" balasnya.
"Sekolah orang miskin?", aku bertanya dalam hati.
Yelah, selama ini aku bagi tau dia, masa aku kecik, aku bukan orang kaya. Mak aku tak da kereta yang memudahkan kami berjalan ke sana-sini. Tak beli mainan setiap kali keluar berjalan. Tak bercuti ke mana-mana bila cuti sekolah. Tidak seperti dia, pendapatan ibu-ayahnya belasan ribu. Sedangkan aku, pendapatan ibuku yang tunggal itu hanya RM720 sahaja sebulan.
Sebenarnya, ketika aku di sekolah, aku tidaklah miskin sebab ada kawanku yang lain lagi miskin. Tapi, aku juga tidaklah mewah. Masa aku Darjah 4, belanja sekolahku 50 sen aje. Tapi, anak aku di Tahun 2 ni belanjanya RM2. Cuma dia sedang mengumpul wang sekarang untuk beli barangan Ana Muslim pada Pesta Buku Jumaat ni. Setakat ni, dia dah kumpul RM53. Bolehlah dia beli apa yang dia nak nanti.
Berbalik kepada "Sekolah orang miskin" tadi, biarlah dia faham begitu. Supaya dia tahu bahawa hidup ni bukan senang segalanya. Lagipun, takkan aku nak bagi tau dia tentang inflasi, tentang harga barang yang meningkat dan seumpamanya. Tak mungkin dia boleh faham. Yang penting, walaupun dia senang, dia kena menabung juga dan belajar mengumpul wang sendiri untuk beli apa yang dia nak.